♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, February 28, 2011

Rambut oh Rambut

Sabtu lepas, gi gunting rambut sbb dah panjang. Tebal lak tu. Berombak gitu. So, pikir nak bersalin masa kat labour room nanti sure aku akan berpeluh giler mcm time Echa, so nak trim skit la rambut ni. Masa dalam pantang pun aku akan kuat berpeluh. Rambut mengerbang je.

Pegi la kat salun rambut yg biasa aku pegi ni. dah lama tak gunting rambut kat sini sbb selalu dtg utk cuci rambut. Syok sbb kalau stress keje, mmg aku akan dtg cuci rambut kat sini. Release skit dan pening kepala pun kurang. 

Sebenarnya aku penah terkena time gunting rambut kat sini. Tp dgn pekerja dia dulu. Tgk kakak tauke salon ada, leh la gunting rambut kat sini.
Aku : Nak gunting rambut skit je kak. Pastu nak kasi nipis sikit belah bawah
Kakak kedai : Nak leh ikat gak ke?
Aku : Aaah.. leh wat sanggul lagi nanti nak pantang leh wat sanggul
Kakak kedai : Ooo.. ok

Kakak tu pun start la gunting sambil2 layan customer yg nak order cadar la, tgk sandal la.. aduyai.. kakak ni ingat ke tak ekk apa yg aku nak ni.

Mula-mula mmg ok tgk dia gunting still bwh telinga lagi.. Tp, bile dah rancak borak dgn aku, lama2 jd pendek lak. Pulak tu dia dh buat layer dr atas sampai bawah. 

Aku : Ehh.. akak.. ni dah pendek sgt ni. Takleh ikat kalau camni. Saya nak pendek skit je
Kakak kedai : Bole ikat lagi ni  (Tp tgk muka dia mcm dah serba salah)

Dan kesudahannya, abisla pendek rambut aku ni. Betul2 bwh telinga. Nak ikat pun skit je. Sanggul lagi la jgn harap. Waaa.... nyesalnya... Malas nak ckp apa2.. bayar RM12 terus kuar.

Puyela nak tunggu rambut panjang nak wat rambut macam Lisa Surihani tu. Ingat nak wat lepas pantang la. huhu..:p


Ngadu kat hubby. Tula dia dah offer nak tolong guntingkan, aku yg taknak. :(

Saturday, February 26, 2011

Imbas Memori di Hospital

24 Februari lalu, aku dpt sorg lagi anak sedara yg ke11. Wife abangku Alang iaitu Kak Neng dah selamat lahirkan anak ke3 mereka. Baby girl. 4 minggu awal dr due date. Aku dan kak neng beza seminggu je due date. Tp sbb kak neng ada masalah, so kena operate awal. Kak Neng pun dah sebulan lebih jd penghuni Hospital Selayang. 

Semalam aku amik EL sbb tak sihat. Petangnya dh ok skit leh la tgk dorg kat hospital.

Beli hadiah dulu.. 
aduh.. kecut perut dtg kat wad 5A hospital ni.. 
dulu aku pun kat sini la.. yg ke2 ni pun harap dpt la bersalin kat sini gak..


 
Echa sibuk je nak bwk gift utk baby..
dia taye satu je ke mama? baby mama puye xde ke?
aku jawab "baby mama nanti tnggu org la kasi kt mama".. huhu..


 lama tak pegang baby baru lahir..

Nama dia Zahra kot.. berat 2.95kg.. 
puyela ktorg bising dia syok je tido...

 tu dia.. skali dtg penuh wad tu dgn family Hj Suboh.. hehe..
nasib baik ada katil kosong leh jd tempat lepak.

Dgn kak miza dan Adel..

Sambil2 tu tgk gakla situasi kat sana. Takdela sibuk sgt. Katil pun ada yg kosong. Camne la time aku nanti yer.. Hmm.. ramai lak yg dpt baby girl awal tahun ni. Aku pun sama gak kot. Janji baby sihat dan sempurna tu yg lebih penting kan..

Amin..

Wednesday, February 23, 2011

Cucur ala Chef Wan

Entry pasal makan lagi. Saja je nak merapu kat sini.

Bestnya penat-penat balik kerja makanan dah terhidang depan mata kan.. Biasanya kalau dok umah dgn parents atau ada pembantu rumah leh la merasa sume tu. Balik je tinggal ngap...

Balik keje ptg semalam puyela lapar sbb tghari tak makan nasi. Rasa macam nak ajak hubby gi makan kat Taqwa atau masak maggi ke. Biasanya sebelum amik Echa kat umah nenek dia, aku akan mandi dulu sbb senang leh terus kuar mana-mana pastu. 

Masuk umah tgk dia tgh membancuh tepung. Hubby buat cucur. Suka kalau dia buat sbb sedap lagi dr aku wat. Menyampah je korg dgr ekk dok puji hubby sendiri ni. Lantakla sape lg nak puji kan kalau tak wife sendiri. Bagi la sokongan dan pujian sikit lagi semangat dia nak wat selalu.


sedang membancuh tepung..
chef wan ni taknak muka dia dipaparkan.. 
dia kasi tunjuk perut jek.. hehe..

 ni dia cucur yg dah siap dicicah dgn sos..
rangup dan sedap..
kejap je dah abis ktorg makan berdua..

Monday, February 21, 2011

Bubur Pulut Hitam

Tekak ni teringin nak makan bubur pulut hitam. Asyik teringat2 dan sebut2 kat hubby. Selalu makan bubur kacang hijau je. Beli kat pasar malam, tapi rasanya manis dan kembang sgt pulutnya. Buang kat tong sampah jawabnya sbb takde pun yg sudi makan.

So, aktiviti semalam buat bubur pulut hitam. Tak penah buat tapi sbb dah nak makan sgt, try buat gak. Kena la merajinkan diri. Tengahari aku dah ke dapur. Tak masak pun utk lunch sbb kenyang lagi sbb breakfast kol 11.00 pg.


 Ni la hasilnya. Okla. Cuma pekat sgt. Asyik kena tambah air je. Pastu nak kena tambah gula lak.
Puasnya hati dah dapat makan..
 
Petangnya kakak call nak wat birthday anak lelaki dia, Adam. Cantikla sbb aku pun wat bubur banyak. First time wat tak tau budget banyak mana beras pulutnya. Sekali penuh seperiuk la. hehe.. 

Angkut la bubur ni kat umah mak. Sebelum tu antar skit kat umah mertua. Rasa macam nak bg kat jiran2 kat sini je. haha.. Ceh.. mentang2 la hasilnya menjadik. Tapi tak jadi sbb jiran sume takde. huhu.


 
 Kek birthday Adam ke-5 tahun..
 Hepi birthday Adam..

 
 Sepupu2 Echa..
 Wat utk adik-beradik jek..

 Echa dgn Adel.
 
 Hero yg tersgtla lasak..
Kejap je dh 5 tahun anak buah acik ni..

 
 Echa pun tumpang skali tiup lilin..
 
 
 Aksi2 Echa yg makin lasak dan menganas.. Alahai Echa..

 
 Malu nak amik gambar menu ptg tu sbb biskut je. haha.. nasib baik ada bubur pulut hitam kan.. Ingatkan ada KFC ke..Pizza ke.. Tp, sbb dorg baru blk dr kenduri kt puchong dan last minute nak buat tiup2 lilin sempat beli kek jela..
 
 Bergambar dgn mak..
 
 
 Dgn hubby..

 
 Dgn mak dan abah..

Tuesday, February 15, 2011

Sian Yaya..

Opps.. jgn terkejut tgk gambar ni ekk.. Saja je amik gambar kat katil ni sbb empunya katil dah lari. Takde tempat nak duduk, aku landing jela kat katil ni. hehe.. 

Ni gara-gara anak kakak, Kak Lin kena masuk wad sbb paru-paru ada kuman. Cek kat klinik biasa kat sentul doktor terus buat surat refer ke hospital. Kak Lin dan hubby dia dua2 orang gomen, so nak ke selayang macam lambat sgt je prosedur dia. Sebab dorg ada insurance, dorg prefer Hospital Tawakal je. Kat bangunan baru tau.. cantik..

So, malam tadi ktorg lepak kat sini..

 Kalau orang lain mmg tak elok amik gambar kat sini mcm doakan masuk hospital lak. Tapi sbb aku puye kes lain skit la kan.. Tak dpt nak dok hospital camni, dpt merasa kejap pun jadila. manala tau dapat pakej bersalin murah kat sini.. huhu..
 
 
 Oooo.. pesakitnya main kat sini la..
Echa dgn sepupunya Yaya yg macam tak sakit jek..



 Ayahanda, angah dan hubby..
Apala yg dorg tgk tu? Ooo.. tgk bola rupanya. Ada astro.. 
Orang nak tgk citer Awan Dania la..

ha.. ni dia pesakitnya.. sian anak sedara acik ni.. Puyela aktif berlari mcm tak sakit jek.
Ingat kan kena tahan wad 1 hari jek, tapi kena 3 hari lak. dah mama dia tak cukup baju sbb dok kat Bangi.. Kena la standby baju Echa..
Yaya ni mmg kuat tul la. Tak nangis pun bile kena cucuk ke apa.. Lagi dia marah misi sbb kacau dia nak tido. Setiap 4 jam dia kena oksigen ke apa ntah..........

Tgk Echa tu.. dia pun sibuk je nak baring kat katil siap berselimut lagi..
Lagi lak dia ckp Echa sakit perut la mama.
Jgnla Echa.. ingat masuk hospital ni suka-suka hati je ke.
Mintak2 la dijauhkan semua tu..  Amin..
Aku suapkan Yong Tau Foo yg beli kt pasar.. kegemaran budak2 ni.. abis licin sbb sejuk kot..


Ada katil kat sebelah.. mmg selesa utk parents yg nak temankan anak dorg..

Time nak balik tu, sian Yaya sbb sedih tgk ktorg nak balik. Lagi2 tgk Echa. Siap peluk cium sume.. Moga Yaya cepat sembuh yer sayang..

Salam Maulidur Rasul

Hari ini 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432 adalah hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang dikasihi. Sempena hari kebesaran kekasih ALLAH SWT marilah kita sama-sama berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW.


Salam Maulidur Rasul...

Monday, February 14, 2011

Kenduri Doa Selamat & Birthday Party @ Bangi

Weekend yg terasa sgt lama. Sbb apa tau? Menghabiskan byk masa di rumah. Kemas umah, basuh baju, masak, buang segala barang yang tak guna lagi, kemas bilik dan segalanya. Penat sgt tetapi puas sbb dapat setel kan sume. Satu lagi sbb esok (15.2.2011) akan cuti lagi sempena Maulidur Rasul.

Okla. Nak citer pasal aktiviiti kami semalam. Semalam ke Bangi untuk majlis kenduri doa selamat makcik hubby, Cik Gee dan suami ke Mekah untuk menunaikan Umrah. Sekali dgn birthday anak-anak dia sekali. Kol 11.15 pg baru breakfast. Isi perut dulu kang lapar lak manala tau jem ke apa kan. Balik umah terus siap nak ke Bangi.  Kol 1.30 ptg dah sampai umah Cik Gee.


Mama dan anak yg nak vogue gak.. :p


2 khemah dipasang..
Time ni tak ramai lagi sbb belum start doa selamat lagi.


Yg menyambut ktorg, Cik Mek dr Muar pun ada.


Sampai2 je hubby terus duduk lepak dulu. Hubby bersama sepupu, Ayep dan Cik Mah dari Klang.


Hubby yg memulakan tugas dgn bancuh air. 
Cik Mek turut bg sokongan kt hubby dan Ayep.

Tuan rumah, Cik Gee yg manis berjubah..
Moga selamat pegi dan balik Cik Gee dan Cik Radzuan..


Ketibaan Cik Lah dr Cheras. wahh.. macam acara red karpet gitu..

Menu yg disediakan.. rasa malas tul nak snap gambar..
nasi beriani, bihun soto, dan kuih-muih...
Br perasan ada daging salai masak lemak.. tp tak dpt rasa..


'org surau' yg dtg..


bersama kak iparku, Ayin.



dgn Cik Nab.. muka-muka yg sama je mewarnai blogku ini..
lg skit je nk dpt kejar saiz Cik Nab yg comey ni.. huhu..


dgn Cik Som dr Johor..


Echa with Alia dan Amir..



Birthday cake utk 4 orang skaligus..
Senangkan skali celebrate utk 4 org skali..

Heppy Birthday to u.. Happy birthday to u...


Alahai tgk la Echa tu.. mcm birthday dia pulak.. Sian dia 3rd birthday dia 
mama n papa tak wat camni. 

Suasana dlm rumah..

heeiipp... ni keje korg ekk..



 Echa nak belon.. Echa nak belon..
 Nenek Echa yg tlg amikkan. Time kaceh nenek..

Echa dgn papa..


sambung makan lagi..


Geram tul Echa dgn baby..

Suami2 sapekah yg rajin ni?

Kol 5.30 ptg ktorg balik. Time tu kejap je dh mendung. Sampai kt Sg Besi hujan dah lebat. Jalan pun jd jem.