♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, January 4, 2011

Memori di Langkawi - Part 1

Kalau bercuti tu kejap je masa kan. Penghujung tahun 2010, ktorg bercuti kt Langkawi je. Nape Langkawi? Ikutkan ni kali ke-5 aku ke sini. First dan second masa sekolah rendah dulu, ke-3 masa honeymoon, ke-4 masa tgh preggy Echa 2 bulan, dan kali ke-5 pergi pun tgh preggy gak. Saja nak pergi kat suatu tmpt naik flight sblm ada ahli keluarga baru. So, pikir2 senang pegi Langkawi jela. Byk tmpt leh tgk. Taknak shopping ke apa, sbb rasa nak bwk Echa jln2 je. Ktorg pegi dgn adik yg nak honeymoon. Kira ktorg jd tourist guide la ni. Ehh.. ktorg pun nak honeymoon gak. Rindu sgt dgn hubby yg baru blk outstation seminggu. hehehe..

Gerak ke Langkawi pd 30 Disember 2010. Flight kol 2.15 pm, kol 8 pg ktorg dh gerak kuar. Plan awal nak naik train ke KL Sentral pastu naik bas ke LCCT. Saja nak naik pengangkutan awam. Tp, abah mertua nak antar ke LCCT. Awal lagi pun so ktorg mintak antar sampai KL Sentral jela.

 Dalam bas dr KL Sentral RM8 sorg. Dapatla hubby rileks skit..

 
Adik dan wife dia.

Echa teruja tgk kapal terbang.. first time dia naik time tu umur dia 
1 tahun 6 bulan..

Echa suka nak naik flight.. Bye2 nenek.. atuk.. bila atuk dan nenek dia ckp nak ikut dia kata takleh. "Atuk nenek naik apal bang tak ajak echa pun"..

Nape sedap sgt yer makan maggi dalam flight ni.. pdhal kalau kat bawah takde pun nk makan maggi in cup ni..Echa makan sampai abis..

Flight delay 1 jam menyebabkan program ktorg jd bercelaru.. hmm..
 
 Dah sampai airport Langkawi
 




Bella Vista Hotel tempat ktorg menginap.. Sume hotel dah penuh so amik jela apa yg ada. Servis kt sini kurang skit la.. Tak suggest utk kakak iparku, Ayin yg akan ke sini bulan 5 nanti.. huhu..


 
 Cantik view hotel ni yg menghadap laut..

Hari pertama di Langkawi cuma gi makan dan lepak kt jeti kuah je sbb sampai pun kol 5 ptg. Tak dpt nak jalan mana2.

 Time makan malam mesti nak kena seafood dan tempat ni gak jd pilihan ktorg.






 
 Menu ktorg.. mesti nak kena amik ketam sambal ala thai.. sedap..
 
 Bergambar di Dataran Lang..  

Tu jela aktiviti pada hari pertama di Langkawi. Sampai pun dh lewat petang..

4 comments:

Mama Janet said...

sempat lapar ke nak sampai langkawi.ala saja nak lakukan maggie dia kan.Kalau tak penat je pramugari tolak troli jual makanan n minuman

Ayien Azreen said...

tu la tu... time kat daratan idok le pulok teringin nak makan meggi cup tuh... huhuhu...
- owhh... so bella vista potong dr senarai la ekk... hehehe

Kak Kay said...

Ayu n Iwan apa2 pun tima kasih sebab dapat rasa jajan dari langkawi.....

Ayu said...

c.mek : xtau la nape sedap sgt makan kat dlm flight tu.. sejuk2 pulak tu makan panas2..
pn ayin : tula.. rasa better amik kat hotel biasa2 je.. hotel mahal2 pun ktorg cuma blk utk mandi dan tido je..
c.lah : tupun sbb Apis dtg.. baru smpi umah tak sempat selongkar brg bg jela Apis apa yg ada..