♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Saturday, January 15, 2011

Tak Lena Tidoku..

Ouuccwwhh.. dah dkt 30 minggu ni tiap2 malam mesti kaki ni cramp. Tgh sedap2 mimpi, tarik selimut sbb kesejukan pun leh cramp kaki ni. Kalau hubby ada, mmg dia yg akan tolong tekankan tapak kaki ni dan urut2 kt sendi2 bwh lutut. Sampai menangis2 sbb rasa sakit yang amat. Rasa tegang urat kaki ni sampai nak bergerak pun takleh.

Penah terjadi time hubby takde. Dinding dan kaki katil jela jadi tempat utk tekan2 tapak kaki ni. Echa pun mesti terbangun sbb dgr mama dia merintih sakit. Dia risau sgt dan taye baby tolak2 ke mama?

Nak tido je skrg mesti kena ltk mnyak angin dulu, letak bantal kat bwh kaki, tido mmg mengiring la sbb bile terlentang rasa susah nak bernafas (rindu tido terlentang), bile terjaga malam2 nak mengeliat rasa takut2 je. Sakit tu kalau kena lagi..Ni dugaan masa mengandung, nanti masa bersalin mmg dh takleh lena tido ni kena jaga baby lak.

Bila search kat google dapatla tips2 ni walaupun dh tau sbb dh taye doktor:
  1. Sekiranya anda mendapat kekejangan pada kaki, tekankan kaki anda pada dinding atau berdiri pada kaki yang kejang boleh mengurangkan kekejangan. kekurangan kalsium boleh menyebabkan kekejangan berlaku lebih kerap, jadi pastikan anda mendapat cukup kalsium, seperti dengan meminum susu. Jantung yang selalu berdebar mungkin disebabkan oleh kekurangan darah (anemia). Pastikan anda memberitahu doktor tentang masalah ini dan mendapat suplemen zat besi yang secukupnya
  2. Posisi yang terbaik untuk tidur semasa mengandung ialah dengan berbaring secara mengiring dengan lutut separuh membengkok. Ini membolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik kerana darah lebih senang mengalir ke jantung.
  3. Sekiranya anda mengalami sakit belakang, cuba membuat experimen dengan meletakkan lebih bantal semasa berbaring. Seperti satu bantal dibawah perut, satu dicelah kedua kaki, satu bantal yang padat pada bahagian bawah belakang, atau satu bantal lagi pada bahagian kepala.
  4. Selalu bangun untuk membuang air kecil diwaktu malam adalah biasa, kerana bayi yang semakin membesar semakin memberi tekanan pada pundi kencing, ini memang tidak dapat dielakkan tetapi, dengan mengurangkan minum air sebelum anda masuk tidur mungkin boleh membantu.
  5. Kurangkan meminum minuman berkafien seperti teh, kopi dan minuman bergas kerana buah pinggang akan memproses lebih air kencing. Cuba tidur secara mengiring.
  6. Sekiranya anda merasa tidak selesa pada bahagian ari-ari, anda mungkin mengalami jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
  7. Sekiranya ketakutan tentang kelahiran yang membuatkan anda merasa sukar tidur, sertailah kelas antenatal. Disini anda akan diberitahu tentang apa yang akan berlak semasa proses bersalin dan senaman yang perlu untuk membantu anda bersalin. Ia juga satu tempat untuk anda bertanyakan soalan
    Berbincanglah dengan doktor sekiranya anda merasa takut. Perasaan takut tentang keadaan anak anda semasa lahir adalah sangat biasa.

2 comments:

Ayien Azreen said...

pn ayu, w/pun saya tidak pregnant... tp kaki saya memang slalu cramp time tido malam... cemana tuh... adehhh... hehehehe

Ayu said...

tu disbbkan ada selulit.. huhu..