♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, January 31, 2011

Jalan-Jalan The Mines

Salam..

Hujung minggu yang sejuk. Sepanjang hari hujan. Syok kalau dapat baring2 kat katil kan. Tp, bosan lak kalau tak ke mana. So, kami ke The Mines. Lama tak gi sana ada dkt 4 tahun kot. Tiba-tiba rasa nak ke sana nak naik Mines Cruise dan bwk Echa main kat Splash Park.

Sampai sana pas lunch KFC tgk ke kaunter Mines Cruise tapi tutup la pulak sbb hujan. Hmm.. nampak gaya mcm hujan ni takkan berhenti. Bwk Echa jalan2 main games dulu.

  Aksi2 Echa.. hepi, ngantuk, boring pun ada.. huhu..

Abis dah satu shopping mall ktorg pusing. Taktau nak gi mana dah. Nak gi Splash Park pun tutup for maintenance. Mungkin sbb hujan gak kot.

Kol 2.30 ptg ada show Looney Tunes family. Layan jela..


 Syvester, Bugs Bunny dan Tweety,. Kan tahun ni tahun arnab..

 
 Suh amik gambar dkt2 dgn kartun2 tu Echa takut.

Pastu turun ground floor tgk kaunter Mines Cruise tutup lagi. Hujan rasa takla lebat sgt.

Tak dpt naik amik gambar jela

Akhirnya nak dkt kol 4 baru dpt naik tu pun yg Greanary Park je yg boleh. Tp mahal.. 15 minit RM22 (dewasa) dan RM17 (child). Naik jela sbb Echa dah sibuk nak naik bot.

 Hubby yg rajin layan ktorg.. tq abang..
 
 
  Echa hepi dpt naik bot..
 
 
 Seronoknya Echa bagi makan ikan dan swan..

 
 Ada biawak yg sgt besar.

 Di depan rumah seorang menteri yg ada bot. Bestnya ada bot sendiri kan..

 Basah baju ktorg sbb tempias hujan. Patutla dorg tutup kalau time hujan.. huhu..

  
 Dah abis pusing2.. kejap je rasa 15 minit. Tak puas.
Tu jela aktiviti ktorg weekend lepas. Walaupun hujan tak henti2 tp dpt juga berjalan2.

Saturday, January 29, 2011

Wedding @ Kelana Jaya

Weekend dtg lagi. Minggu lepas hubby takde. So, minggu ni nak jalan puas2.  Pagi2 lagi aku dan hubby bangun. Kemas2 umah. Echa pun sibuk bangun awal gak. Ok.. sume dh bangun, kol 9 pg dh breakfast kat taqwa. Selalunya nak dkt kol 11 pagi baru breakfast.
 
Plan arini nak ke The Mines. Tp, mertua kol ajak gi wedding kawan dia kt kelana jaya. Aduh.. aku dan hubby takleh dgr klu ada jemputan kawin ni. Pantang betul... Pantang diajak. hehe. Tergugat iman terbayangkan nasi beriani, ayam masak merah... mmg takleh nak menolak.. huhu.. Takpela.. plan arini postpone esok la. Mmg menantu sporting kan....

Kol 12.30 tgh ktorg dh ready. Mak dan abah amik kat umah. Mak aii.. jalan sume jem. Nak ikut jalan kuching, puyela jem tak gerak. Lari masuk DUKE. Kat jalan duta, damansara, sume jem.. Org dh start balik kampung kot.. 

Majlis ni kat Kelana Jaya.. Kat dewan melawati, tabung haji. Teringat2 je time antar mak dan abah masa gi haji dulu. Tp kali ni suasana dia berbeza. Kalau dulu penuh dgn khemah2, tp kali ni penuh dgn kete2.. 

 Mak dan abah mertuaku.. hehe.. gambar ni Echa yg amik..

 
Masuk je dah nampak kambing tergolek ni..
 
 Ada 2 majlis kawin kat sini. satu kat ground floor, yg ktorg pegi kat tingkat 1. taknak org konfius, banner ni byk membantu kan..

 
dalam dewan.. cantikkan pelamin dia..
 
muka ada senyum sbb ada makan.. 
kebetulan ktorg sume pakai tema purple.. sehati sejiwa lak..
ada rendang daging tok, ayam masak merah.. sedap..

 Echa pun purple gak.

 
Hubby yg kekenyangan.. rileks jap sblm sambung makan bubur kacang 
dan air teh tarik..

 
Layan Echa nak tgk kolam yg ada ikan besar. Mmg rasa nyaman je kalau wat majlis kat sini.

Pastu terus balik dan menghadap jem lagi. Kol 3 ptg sampai umah hubby dan echa dah ngantuk terus tido. Aku je yg tak ngantuk.. Tu yg leh terus update blog tu.. hehe.. okla.. laparla pulak. Nak wat minum petang lak.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum.. ;)

Air Gula Yang Sedap

Smlm gi klinik sbb ada MGGT test atau ujian kencing manis. Yaarrkk.. 2 hari tak lalu nak makan manis2 sbb takut sgt result positif. Ni kali kedua aku kena minum. Masa time echa dulu mmg dh tau kena minum sbb 7 bulan berat naik 20kg. Tp, yg ke-2 ni 7 bulan baru naik 6 kg. Kena minum gak sbb berat naik mendadak dalam sebulan naik 4 kg. Terbeliak mata aku tgk misi tulis dgn pen merah. Tp, tak puas ati sbb penimbang kat klinik tu tak betul. Dorg dh guna mesin penimbang baru yg digital puye. Selama ni dorg guna yg jarum ok je. Sama je dgn penimbang kat umah. Dua kali kena timbang dgn misi tp sama je bacaan dia.

Malam sebelum tu kena puasa dulu selepas jam 10 mlm. Kol 6.00 ptg dh ajak hubby makan kat taqwa. Tp, hampeh je. Kol 10.30 mlm aku makan gak sbb tak tahan tgk ayam panggang yg dibuat oleh adik. Sedap sesgt. Tangguh puasa kol 11 malam baru start. huhu..


Appointment kol 8 pagi tp sampai kt klinik kol 7.30 pg. waahh.. dapat no giliran pertama. Mula2 kena amik darah dulu. Tu pun dh saspen sbb aku rasa perut ni penuh sgt dgn ayam panggang yang manis malam tadi. Bacaan kat mesin tu tunjuk 4.1. Kira okla jgn sampai 5 - 6. Pastu terus amik cawan yg ada air gula.

 Nasib baikla cawan dia kecik je. Kalau macam botol air mineral, leh 
muntah kot..

 
Baca doa dulu sebelum minum dan bayangkan dulu rasanya.. Aikk.. takde la manis sesgt. Tp boleh buat tekak loya gak la. 

Pastu kena tnggu 2 jam kt situ. Kena puasa lagi. Puyela boring. Nasib baikla ada kakak2 yg suka berborak. Kol 10.30 pg amik bacaan kedua. Lagi la suspen. Alhamdulillah.. bacaan kali ni tunjuk 5.6. Confirm takde kencing manis. Syukur... Dgn muka hepi aku kuar dr klinik dan terus kol kt hubby balik nanti beli durian yer. Dah seminggu nak makan tp kena tahan dulu... Durian.. durian.. huhu..

Wednesday, January 19, 2011

Khurafat yang mendebarkan..

Semalam hubby msg ajak gi tgk wayang. Cite apa la yg tgh hot skrg ni selain Khurafat. Taye dia nak tgk Khurafat ke sbb time aku ajak dia xberminat jek nak tgk sbb taknak aku dan Echa takut. Abis tu dia taye nak ke mana. Sbb dia nak ke Terengganu esoknya so mlm tu dia nak bwk ktorg jalan2 la. Ala.. ikutkan taknak tgk la sbb takut dan pulak tu dia xde nanti. Lagila takut.. Tp, nak ke mana lak. dh boring nak jalan2 kt KL ni waktu malam. Uptown? Dataran Merdeka? Titiwangsa? Arrgghh..  tgk wayang jela. Tutup jela mata ni.

Kol 8.30 mlm smpai kat Wangsa Walk. Tgk next show kol 10.15 malam. Ramai lak yg tgk mlm td.  

 Biasala Echa ni mesti nak main dulu kat tmpt games.


Ramainya org.. dahla citer seram dpt lak duduk barisan no 4 dr depan.. aaiiyyoo..

 
Hubby ckp lagi seram tgk aku cmni.. dah siap2 bwk shawl nak tutup mata. 
Echa pun tmpg skali shawl mama dia ni.. Org tutup skit je mata ni.. dia lak terus tutup muka.. huhu..

Okla cite ni. Mmg tak sangka langsung la sape yg main benda2 khurafat dlm cite ni. Sentiasa bingit dgn jeritan penonton lain. Sebelah aku ni budak2 bujang. Buat2 baca msg kt hp. Tunduk jek. Takut la tu. Hehe.. Tak seram langsung pun.. Haha.. sebab aku taktau hantu tu muka cmne sbb memanjang je tutup mata.  Bila adegan siang hari jek baru bukak mata. Echa lak bila taye dia takut tak.. dia kata tak takut sbb dia pun tutup muka dia.

Pas abis tgk wayang mestila perut ni lapar kan.. Gi makan dulu kat Taqwa dgn mata yg mengantuk.. Balik umah terus zzzzz...

Sunday, January 16, 2011

Echa @ KLCC

Salam..
Weekend dtg lagi. Takde jemputan kawin mana2 so dh plan awal2 sbb hubby ada ni minggu ni nak bwk Echa jalan2 jek. Mama dia rasa tak puas nak berjalan. Rasa nak bercuti selagi boleh dan terdaya. Nak gi mana yer? Dkt2 jela janji Echa enjoy.
   
Lepas breakfast terus kuar ke KLCC. Sampai sana kol 11.30 pg. Tak ramai org lagi time ni. Jalan2 kejap dlm tu terus kuar gi taman. Masa bercinta, KLCC ni port dating ktorg. Hehe.. sweetnya bila ingat blk tempat ktorg selalu duduk sambil makan burger.

 
Pantang nampak benda ni mesti nak naik..
Dah standby duit syiling byk2..

  
Bekalan KFC.. nasib baik beli. Echa lepas mandi terus dia naik ngadu lapar.. 
2 ketul ayam dia baham. 

Jom skodeng awek ni mandi...

 
Geram dgn air ni kalau nak mandi skali leh..
tp nyampahnya kat sini sbb ada guard yg suka bunyi wisel..
kalau salah skit mesti dgr bunyi prriiitt.. prriitt.. tp ktorg mmg dh tau pun..
ada kawasan yang tak leh guna kasut. buatla signboard, ni letak kat notis kat lantai manala org perasan kan..



Pas mandi gi main kat taman permainan lak. Kan sebelah2 je..
 
 
Puas la Echa main sbb awal lagi tak ramai budak2.. 

Kol 2.30 ptg ktorg pun blk. Nak rehat lu dan biar Echa tido. Malam nak berjalan lagi.

Saturday, January 15, 2011

Tak Lena Tidoku..

Ouuccwwhh.. dah dkt 30 minggu ni tiap2 malam mesti kaki ni cramp. Tgh sedap2 mimpi, tarik selimut sbb kesejukan pun leh cramp kaki ni. Kalau hubby ada, mmg dia yg akan tolong tekankan tapak kaki ni dan urut2 kt sendi2 bwh lutut. Sampai menangis2 sbb rasa sakit yang amat. Rasa tegang urat kaki ni sampai nak bergerak pun takleh.

Penah terjadi time hubby takde. Dinding dan kaki katil jela jadi tempat utk tekan2 tapak kaki ni. Echa pun mesti terbangun sbb dgr mama dia merintih sakit. Dia risau sgt dan taye baby tolak2 ke mama?

Nak tido je skrg mesti kena ltk mnyak angin dulu, letak bantal kat bwh kaki, tido mmg mengiring la sbb bile terlentang rasa susah nak bernafas (rindu tido terlentang), bile terjaga malam2 nak mengeliat rasa takut2 je. Sakit tu kalau kena lagi..Ni dugaan masa mengandung, nanti masa bersalin mmg dh takleh lena tido ni kena jaga baby lak.

Bila search kat google dapatla tips2 ni walaupun dh tau sbb dh taye doktor:
  1. Sekiranya anda mendapat kekejangan pada kaki, tekankan kaki anda pada dinding atau berdiri pada kaki yang kejang boleh mengurangkan kekejangan. kekurangan kalsium boleh menyebabkan kekejangan berlaku lebih kerap, jadi pastikan anda mendapat cukup kalsium, seperti dengan meminum susu. Jantung yang selalu berdebar mungkin disebabkan oleh kekurangan darah (anemia). Pastikan anda memberitahu doktor tentang masalah ini dan mendapat suplemen zat besi yang secukupnya
  2. Posisi yang terbaik untuk tidur semasa mengandung ialah dengan berbaring secara mengiring dengan lutut separuh membengkok. Ini membolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik kerana darah lebih senang mengalir ke jantung.
  3. Sekiranya anda mengalami sakit belakang, cuba membuat experimen dengan meletakkan lebih bantal semasa berbaring. Seperti satu bantal dibawah perut, satu dicelah kedua kaki, satu bantal yang padat pada bahagian bawah belakang, atau satu bantal lagi pada bahagian kepala.
  4. Selalu bangun untuk membuang air kecil diwaktu malam adalah biasa, kerana bayi yang semakin membesar semakin memberi tekanan pada pundi kencing, ini memang tidak dapat dielakkan tetapi, dengan mengurangkan minum air sebelum anda masuk tidur mungkin boleh membantu.
  5. Kurangkan meminum minuman berkafien seperti teh, kopi dan minuman bergas kerana buah pinggang akan memproses lebih air kencing. Cuba tidur secara mengiring.
  6. Sekiranya anda merasa tidak selesa pada bahagian ari-ari, anda mungkin mengalami jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
  7. Sekiranya ketakutan tentang kelahiran yang membuatkan anda merasa sukar tidur, sertailah kelas antenatal. Disini anda akan diberitahu tentang apa yang akan berlak semasa proses bersalin dan senaman yang perlu untuk membantu anda bersalin. Ia juga satu tempat untuk anda bertanyakan soalan
    Berbincanglah dengan doktor sekiranya anda merasa takut. Perasaan takut tentang keadaan anak anda semasa lahir adalah sangat biasa.

Friday, January 14, 2011

Majlis Perasmian The 10th Asean Telecommunications And IT Ministers Meeting (TELMIN)

Semalam (13 Januari 2011), KPKK mengadakan Majlis Perasmian The 10th Asean Telecommunications And IT Ministers Meeting (TELMIN) di Hotel Royale Chulan. Setiap jabatan perlu hantar wakil 20 org. So, awal2 dh meletakkan nama sendiri. Hehe.. Nak pegi sbb hotel ni sebelah bangunan opis aku jek dan yg merasmikannya ialah YAB Datuk Seri Najib Razak.

 Datang pun lewat ngam2 sama dgn Perdana Menteri dpt duduk pun kt seat belakang2..

 dah duduk belakang tu pulak puyela jauh nak amik gambar..
kamera pulak xcanggih.. amik gambar kat screen pun jdla. huhu..

 
time ni yg best sbb dpt makan mcm2..
kejap jek majlis ni.. kol 10.30 pg dah abis.

Thursday, January 13, 2011

Hari Terbuka HR

Semalam (12.01.2011), cawangan sumber manusia buat hari bersama pelanggan. Tujuannya utk memberi peluang kpd semua staf untuk menyemak Buku Perkhidmatan mereka, bertanya apa jua permasalahan mengenai servis, cuti, kursus dan sebagainya. Ada yg keje 30 tahun baru pertama kali tgk buku servis. 

First time cawangan ktorg wat camni. Dari pagi sampai petang ada 2 sesi la.  Seronok sbb satu hari takyah buat keje (alamak.. ni mesti kena kutuk lagi ni). Huhu..


Bergambar satu Cawangan Sumber Manusia bersama Ketua Pengarah kami. 
Tema pinky ok..

Suasana tenang jek. Time ni tak ramai lagi.

Org tgh sibuk bertanya tu sempat lak ktorg pose

Bagus juga diadakan majlis begini sbb dapat tau apa yg salah dan bolehla diperbetulkan. Servis org tu.. Kalau salah, nyusahkan dorg nak pencen nanti.

Jemputan Kahwin Subang Jaya

Maafla ni cite minggu lepas. Malas tul nak update blog. Suka baca blog org lain jek.

Ahad lalu, ada jemputan kahwin jiran rumah bonda. Tp, dia buat di Subang jaya. Risau bonda memikirkan sape yang akan bawak dia ke sana. Awal2 lagi  dia dah ajak ktorg sbb takde sape yang nak bawak dia. Bila tau hubby outstation, lagi la dia risau. Tapi, bila hubby balik Sabtu lepas terus lega hati ni. Sian pulak kat dia. Adik-beradik yg lain sume ada komitmen sendiri. Ktorg je yg free.

Hari yang sama gak, mertua ajak gi jemputan di Puchong. Lagi la hati ni berbelah bagi. Terpikir gak nape jiran ni buat di Subang Jaya pdhal umah dia kt belakang umah bonda jek. Suami dia pegawai polis pangkat besar rasanya. Tp, dia ni mmg low profile. Tak cakap pun hubby keje sbg apa. Tp, dah buat pun kat IPD Daerah Subang Jaya, anggota2 sendiri yg jd penyambut tetamu, so agak2 dia ni sebagai apa yer..

 
Puyela banyak khemah. ada 20 khemah kot mcm event jabatan je kan..
Ada penari kebudayaan siap berzapin lagi..

 Echa suka sbb ada aiskrim dgn cendol.

  Hubby n Echa..

 Melaram dgn jubah dr Mekah. Ahlan wa sahlan..