♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Rabu ni iaitu 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha atau  د الأضحى 'Eid Ul-Adha' atau Hari Raya Haji yang merupakan hari perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Hari tu juga merupakan hari bersejarah buatku kerana pada 10 Zulhijjah 1428H, lahirlah puteri kesayanganku Aysha Maisara.. Dalam kalender Islam, Echa dah umur 3 tahun dah.. Kena celebrate skali ni..  

Tahun ni turn beraya umah family hubby dulu.. Tak apply cuti pun sbb tak balik kampung Johor. Mak dan abah mertua xde, kami adik-beradik akan  berganding bahu masak bersama2. Sunyi rasanya bile dorg takde..

Di kesempatan ini, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Semoga mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.. Amin..




2 comments:

~ Mummy Gee ~ said...

Ayu pagi raya dtg la beraya rumah c.g, ajak ayien dan yg lain2 . C.g tak gi mana punm beraya kat rumah je

Ayu said...

c.gee.. insyaallah..