♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Sunday, November 21, 2010

Pre-Wedding Apis ♥ Nana

Misi persiapan utk wedding adikku Apis bermula.. Insyaalah pada 11 Disember 2010 dorg akan disatukan dan majlis pada umah aku pada 18 Disember 201o. Smlm satu ari berjalan di Nilai bersama dua orang kakakku, Kak Long dan Kak Lin.. Sebelum ke Nilai singgah dulu kat umah Kak Lin di Bangi. Makan2 dulu. Hubby malas nak ikut so dia lepak kat umah Kak Lin. Hubby Kak Lin pun nk lepak kat umah so apalagi dorg ditugaskan utk menjaga anak masing.. Hehe.. Lagi bagus leh jalan2 pompuan2 saja. Echa pun suka sbb dpt main puas2 dgn sepupu2 dia..  Kak Long bersama dua org anak dia, Fatin dan Enal..

Mula-mula nak cari barang2 utk wat hantaran. Puas dah dok pilih2 bunga. Plan nak wat guna fresh flower je. Skrg kan trend camtu kan. Kalau guna fresh flower nak kena wat sehari sebelum tu.  Tp, dah tangan tak berseni, kang takut jadi lain lak.. Tak confident la..

Bunga pahar dan bekas telur, adikku Apis dan tunangnya Nana dah beli. Dah pesan awal2 jangan beli sbb kakak2 dia nk beli. Cuma goodies bag jela ktorg beli. Itupun puas kelliling kedai2 perkahwinan kat Nilai utk cari yg murah dan byk stok. Kang Timbalan Menteri Kewangan bising kalau beli yg mahal2.. Hehe.. sape lagi kalau bondaku.. Itupun dia dah pesan jgn beli camtu, jgn beli camni.. Adoyaii... Bonda nak ikut tp ktorg tak kasik.. Kang kalau dia ikut nak kena dgr dia bebel lu.. nak kena pujuk2 lu... hahaha... takpe, arini dah janji nak bwk dia gi jalan2 jemputan kawin kat Banting. 

Pastu misi mencari baju. Nak tolong pilihkan kain utk Kak Long dan anak pompuan dia, Fatin. Nasib baikla Kak Long ni tak cerewet. Dia main amik je asalkan ada tema warna gold. Senangnya.. Cuma utk anak sedaraku je yg cerewet mcm makciknya gak.. hehe.

Ok tak baju ni akak? Kata Kak Long pada anak daranya, Fatin..
Aku cakap "Tak cantik la along"

Malas la nk beli kain.. saya puye baju yg khas puye.. ehehe..

Anak2 sedara.. Enal dan Fatin.. 
Nasib baik korg ada.. tukang angkut barang.. hehe.. 

Along dh duduk penat tnggu anak dara dia pilih kain..
cerewet mcm makcik dia gak..
Kain dah setel..
Apa lagi yer nak beli ni..
Tgk checklist yg ntah apa2 ntah..
Aku sbg Menteri Kesenian dan Kebudayaan.. utk hantaran dan hiasan dalaman kononnya..
Tp aku nak jd Permaisuri.. nak duduk jd pemerhati je.. hehe...
Kak Lin sbg Menteri Dalam Negeri..
tak ingat la..

Korg ni tgk je org dh tau adik beradik.. Senyum sama jek..

Makcik bersama anak sedara yg mcm kawan2 je kan..
Rambang mata pilih bunga..

Bergambar lu sbb dh pening..

Along ni org sibuk carik barang utk adik, dia lak sibuk tgk barang utk kawin Fatin..
dia kata nanti kawin Fatin along nak camnila, camtula.. 
akak dah leh simpan duit utk beli bekas ni la..
lambat lg la Along.. lg 5 tahun lg..
huhu...

Konon2 janji dgn hubby masing2 kol 4 ptg ktorg blk. Jalan2 dgn cuaca redup dan tak ramai org kejap je dah kol 5 ptg. Dah kakak2 ku nak beli carpet la pulak. Mentang2 la bwk Innova kan..

Dah setel sume, ktorg pun balik Bangi balik. Malam pas antar Kak Long dan anak2 dia, ktorg2 cpt2 balik sbb Emi adik hubby bgtau ada kes pecah umah kt depan umah ktorg. Aduh.. suspen nya.. Alhamdulillah, takde apa..


 

2 comments:

Mama Janet said...

cam x de org je kat kedai kain tu.Agaknya pelanggannya cuma family ayu je...Tp ok kan senang nk tawar menawar

Ayu said...

cik mek: mmg ktorg je dlm kedai tu.. time tu mmg xramai org pun kt nilai 3 tu..