♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Sunday, November 28, 2010

Gara-Gara Ngangkung

Ngangkung?? Apa tu? Tula cite yg tgh hot kat wayang skrg ni. Siap set kt kepala otak ni 25hb nov Ngangkung kuar.. Mesti tgk ni. So, mmg pd 25hb tu dh plan awal2 dgn hubby nak tgk wayang. So.. terus la book internet sbb TGV Wangsa Walk takleh nak call.. Tp, takleh pulak sbb kena bayar dulu guna credit card la pulak. Manala ada.. tawakat jela. kalau full dh plan nak gi Jaya Jusco. Kebetulan adik-beradik hubby pun nk gi tgk cite tu gak. Kalau ckp awal tgk yg kol 6 ptg sanggup je aku marathon blk umah.. Best tgk ramai2 ni.. Rupanya adik ipar hubby, Emi nak ikut. Kalau tau jumpe dorg yg baru blk tgk wayang, lehla mntk tlg belikan tiket skali kan.. Huhu.. Dah agak dah. Sampai sana puyela ramai org. Kol 10.30 mlm puye pun full. Takpela.. Takde rezeki nak tgk mlm tu. Lgpun si kecik Echa ni meragam pulak mlm tu.. 

So, smlm (Sabtu) kol 10.10 pg ktorg dh ada kat wangsa walk sbb nk tgk show yg kol 11.30 pg. Waahhh.. dalam sejarah tak penah tgk wayang pagi. Terpaksala sbb byk sgt program nk buat pastu. Bestnya sbb dpt pilih tempat manyak sukahati. Biasala amik yg couple seat puye. Ehh murahla kalau pagi cuma Rm20 je. Kalau tgk ptg atau malam harganya RM30. Ramai gak rupanya yg tgk time tu..
Sume elemen ada.. Seram, kelakar, sedih.. Byk kali wat aku dan Echa terkejut. Bile part hantu je aku terus tutup mata ni taknak tgkla. Sinopsis cite dia mcm ni:

 Ngangkung melatari kisah seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknya ialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor.
Tabiat serta aktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapi akhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.
Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.
Bermula dengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertai aktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untuk mendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.
Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor.
Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggakan suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka .-Utusan Malaysia.

 Breakfast dulu kt NZ..

Masuk parking je terkejut tgk panjang giler org beratur.. Dorg ni tnggu mall ni bukak ke? Hubby ckp tu sume yg beratur nk tgk Ngangkung tu.. Haha..
  
La.. nak amik cat free dr seamaster rupanya.. Aduh.. klu aku tak sanggup..

Echa dgn muka seramnya.. 
Diala yg plg sibuk ckp "echa nak ngok ayang cite antu kelakar".
Baru sejam dh ajak tgk kartun lak..

2 comments:

Ayien Azreen said...

tahniah akhirnye berjaya jugak anda semua g mengangkung... huhu... best kan... rasa nak tgk lagi sekali... tp endingnyer kalo lagi klakar mesti impact lagi daboommm... next week nak tgk pe lak ekk... bulan tgk wayang namanye nih...

Ayu said...

xdpt feel sgt sbb byk tutup mata la taknak tgk muka antu tu.. next movie Aku Tak Bodoh kot..