♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Sunday, November 28, 2010

Pre-Wedding Apis ♥ Nana - Part 2

Lepas tgk wayang terus ke umah Bonda sbb adik-beradik sume ada kt sana. Nak wat kenduri ni byk la nak kena bincang kan. Aku, kak long dan Fatin bertungkus-lumus kemaskan segala barang hantaran  yg ada berkotak-kotak. Byk giler simpanan barang utk hantaran kt umah ni dr zaman Kak Long lg.. Apa yg ok dan leh recycle blk, aku amik utk wat hantaran apis lak. Yela, yg bongsu simpan2 pun wat apa. Nak tnggu anak2 sedara kawin lmbt lg kot..

Kemudian misi utk carik baju utk flower girl dan boy..Tugas tu diberi kpd sume anak2 sedara termasuk la Echa skali.. Yg girl mesti la pakai gaun kan.. Yg boy lak nak dipakaikan tuxedo.. Hmm... bole ke budak2  ni  bertindak mengikut arahan ni. Echa ni takut lain lak dia wat.. 

Taktau la nk pilih mana satu ni.. cantik2..

Ada lak yg sibuk nk bergambar sama..hehe..
Dah dpt gaun utk Echa dan 2 tuxedo utk Adam dan Kiki..
Tq kpd kak ipar, kak neng sbb sponsor baju..
Echa smpi umah terus pakai gaun ni sbb ramai yg nak tgk..
kejap je dia dh nk bukak gaun tu..

Turn yg boy lak test baju..
Dah mcm nak gi meeting lak..

Baru pas meeting..
Ni masing2 dh dapat kata sepakat..hehe..

Pasangan Mari Menari yang terkeluar..

Alahai.. comey nya...

 Echa menangis2 nk pakai baju mcm abg Adam dan Kiki..
Lepas pakai je dia suh org panggil dia Bos..
Apa2 jela Echa..

Gara-Gara Ngangkung

Ngangkung?? Apa tu? Tula cite yg tgh hot kat wayang skrg ni. Siap set kt kepala otak ni 25hb nov Ngangkung kuar.. Mesti tgk ni. So, mmg pd 25hb tu dh plan awal2 dgn hubby nak tgk wayang. So.. terus la book internet sbb TGV Wangsa Walk takleh nak call.. Tp, takleh pulak sbb kena bayar dulu guna credit card la pulak. Manala ada.. tawakat jela. kalau full dh plan nak gi Jaya Jusco. Kebetulan adik-beradik hubby pun nk gi tgk cite tu gak. Kalau ckp awal tgk yg kol 6 ptg sanggup je aku marathon blk umah.. Best tgk ramai2 ni.. Rupanya adik ipar hubby, Emi nak ikut. Kalau tau jumpe dorg yg baru blk tgk wayang, lehla mntk tlg belikan tiket skali kan.. Huhu.. Dah agak dah. Sampai sana puyela ramai org. Kol 10.30 mlm puye pun full. Takpela.. Takde rezeki nak tgk mlm tu. Lgpun si kecik Echa ni meragam pulak mlm tu.. 

So, smlm (Sabtu) kol 10.10 pg ktorg dh ada kat wangsa walk sbb nk tgk show yg kol 11.30 pg. Waahhh.. dalam sejarah tak penah tgk wayang pagi. Terpaksala sbb byk sgt program nk buat pastu. Bestnya sbb dpt pilih tempat manyak sukahati. Biasala amik yg couple seat puye. Ehh murahla kalau pagi cuma Rm20 je. Kalau tgk ptg atau malam harganya RM30. Ramai gak rupanya yg tgk time tu..
Sume elemen ada.. Seram, kelakar, sedih.. Byk kali wat aku dan Echa terkejut. Bile part hantu je aku terus tutup mata ni taknak tgkla. Sinopsis cite dia mcm ni:

 Ngangkung melatari kisah seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknya ialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor.
Tabiat serta aktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapi akhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.
Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.
Bermula dengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertai aktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untuk mendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.
Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor.
Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggakan suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka .-Utusan Malaysia.

 Breakfast dulu kt NZ..

Masuk parking je terkejut tgk panjang giler org beratur.. Dorg ni tnggu mall ni bukak ke? Hubby ckp tu sume yg beratur nk tgk Ngangkung tu.. Haha..
  
La.. nak amik cat free dr seamaster rupanya.. Aduh.. klu aku tak sanggup..

Echa dgn muka seramnya.. 
Diala yg plg sibuk ckp "echa nak ngok ayang cite antu kelakar".
Baru sejam dh ajak tgk kartun lak..

Thursday, November 25, 2010

Jom ke Port Dickson

Seronok dpt jalan2 time keje ni kan.. Leh rehat skit kepala ni..  Semalam ke Port Dickson utk melawat tapak kursus team building di Regency Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson. Setelah ditangguh beberapa kali, tarikh baru ialah pada 17 - 19 Disember 2010. Tp, time tu aku takde sbb ada wedding adik. Sedihnya tak dapat join.. Nak sgt join program ni. So, dpt tolong uruskan dr opis jela.



Mula-mula sampai, terus ke reception sbb dah janji dgn akak sales yg uruskan. Terus ktorg dibawa tgk2 bilik dulu. Baru senang nk arrangekan susunan bilik nanti utk peserta.

Jom tengok suasana di Apartment 4 Bilik. Masuk2 terasa sejuk aircond.. Memang cantik. Ada 2 tingkat. Tingkat bawah 2 bilik. Tingkat atas 2 bilik. Boleh tempatkan 13 orang dalam satu apartment. Harga RM800++ semalam kot. Hehe.. ni survey utk diri sendiri skali.
 
 


 Pemandangan dari Tingkat 10 yang menghadap laut..

Tengok suasana di Apartment 3 Bilik Suite lak..
Sejuknya bila masuk dan waahhhh cantik gak.. Yg ni siap boleh masak sebab ada dapur gas dan ada mesin basuh utk basuh baju.. Harga RM500++ semalam.

 Kalau mak dan makcik2 mesti suka ni sbb boleh masak kan..
Boleh basuh baju skali..

Jom kita tgk Apartment 3 Bilik (biasa) lak.
 


 Sama je macam yg kat atas cuma xde dapur gas dan mesin basuh jela.. 

Tak dapat nk tgk Apartment 2 bilik sbb time tu tgh full sbb ada seminar. Tak dapat gak tgk tempat aktiviti outdoor sbb kena balik KL cepat ada meeting la pulak..

 Geramnya tgk swimming pool ni.. Rasa nk terjun mandi je...

 Deretan gerai makanan. Mcm2 ada.. Japanese, Malay, Indian, Chinese, Western..

Dekat je dgn pantai yang mendatar dan bersih.. Rasa nk mandi la..
 Time ni angin bertiup nyaman skali.. hihikk..
Rasa nk duduk lama2 je kat sini..
Bestnya kalau dpt bercuti kat sini dgn family kan.. Sekali skala tukar angin takdela kat Blue Lagoon je..  Tapi mahal la..Huhu..

Sunday, November 21, 2010

Pre-Wedding Apis ♥ Nana

Misi persiapan utk wedding adikku Apis bermula.. Insyaalah pada 11 Disember 2010 dorg akan disatukan dan majlis pada umah aku pada 18 Disember 201o. Smlm satu ari berjalan di Nilai bersama dua orang kakakku, Kak Long dan Kak Lin.. Sebelum ke Nilai singgah dulu kat umah Kak Lin di Bangi. Makan2 dulu. Hubby malas nak ikut so dia lepak kat umah Kak Lin. Hubby Kak Lin pun nk lepak kat umah so apalagi dorg ditugaskan utk menjaga anak masing.. Hehe.. Lagi bagus leh jalan2 pompuan2 saja. Echa pun suka sbb dpt main puas2 dgn sepupu2 dia..  Kak Long bersama dua org anak dia, Fatin dan Enal..

Mula-mula nak cari barang2 utk wat hantaran. Puas dah dok pilih2 bunga. Plan nak wat guna fresh flower je. Skrg kan trend camtu kan. Kalau guna fresh flower nak kena wat sehari sebelum tu.  Tp, dah tangan tak berseni, kang takut jadi lain lak.. Tak confident la..

Bunga pahar dan bekas telur, adikku Apis dan tunangnya Nana dah beli. Dah pesan awal2 jangan beli sbb kakak2 dia nk beli. Cuma goodies bag jela ktorg beli. Itupun puas kelliling kedai2 perkahwinan kat Nilai utk cari yg murah dan byk stok. Kang Timbalan Menteri Kewangan bising kalau beli yg mahal2.. Hehe.. sape lagi kalau bondaku.. Itupun dia dah pesan jgn beli camtu, jgn beli camni.. Adoyaii... Bonda nak ikut tp ktorg tak kasik.. Kang kalau dia ikut nak kena dgr dia bebel lu.. nak kena pujuk2 lu... hahaha... takpe, arini dah janji nak bwk dia gi jalan2 jemputan kawin kat Banting. 

Pastu misi mencari baju. Nak tolong pilihkan kain utk Kak Long dan anak pompuan dia, Fatin. Nasib baikla Kak Long ni tak cerewet. Dia main amik je asalkan ada tema warna gold. Senangnya.. Cuma utk anak sedaraku je yg cerewet mcm makciknya gak.. hehe.

Ok tak baju ni akak? Kata Kak Long pada anak daranya, Fatin..
Aku cakap "Tak cantik la along"

Malas la nk beli kain.. saya puye baju yg khas puye.. ehehe..

Anak2 sedara.. Enal dan Fatin.. 
Nasib baik korg ada.. tukang angkut barang.. hehe.. 

Along dh duduk penat tnggu anak dara dia pilih kain..
cerewet mcm makcik dia gak..
Kain dah setel..
Apa lagi yer nak beli ni..
Tgk checklist yg ntah apa2 ntah..
Aku sbg Menteri Kesenian dan Kebudayaan.. utk hantaran dan hiasan dalaman kononnya..
Tp aku nak jd Permaisuri.. nak duduk jd pemerhati je.. hehe...
Kak Lin sbg Menteri Dalam Negeri..
tak ingat la..

Korg ni tgk je org dh tau adik beradik.. Senyum sama jek..

Makcik bersama anak sedara yg mcm kawan2 je kan..
Rambang mata pilih bunga..

Bergambar lu sbb dh pening..

Along ni org sibuk carik barang utk adik, dia lak sibuk tgk barang utk kawin Fatin..
dia kata nanti kawin Fatin along nak camnila, camtula.. 
akak dah leh simpan duit utk beli bekas ni la..
lambat lg la Along.. lg 5 tahun lg..
huhu...

Konon2 janji dgn hubby masing2 kol 4 ptg ktorg blk. Jalan2 dgn cuaca redup dan tak ramai org kejap je dah kol 5 ptg. Dah kakak2 ku nak beli carpet la pulak. Mentang2 la bwk Innova kan..

Dah setel sume, ktorg pun balik Bangi balik. Malam pas antar Kak Long dan anak2 dia, ktorg2 cpt2 balik sbb Emi adik hubby bgtau ada kes pecah umah kt depan umah ktorg. Aduh.. suspen nya.. Alhamdulillah, takde apa..


 

Wednesday, November 17, 2010

Ragam Hari Raya Aidil Adha 2010

Assalamualaikum.. 
 
Selamat Hari Raya diucapkan  kepada semua pembaca setiaku.. Isshh.. perasannya.. Ada ke pembaca setia ni? Hahaha.. Apa2 jela.. Janji hepi kan..  Kali ni mestila nak story  pasal Hari Raya Aidil Adha tahun ni. Seperti biasa kalau raya haji persiapan ala kadar je. Tak shopping pun. Utk Echa dan hubby pun pakai je baju yg ada..

Tahun ni turn raya dgn family hubby dulu.  Seminggu sblm raya dah plan nak masak apa. Ktorg nk masak mcm mak biasa masak la. Aku cuma masak rendang daging dan kuah kacang je. Tak masak rasa lain lak lagila rasa mcm tak raya je.. Yg lain tu kakak dan adik ipar yg wat. Tak larat nk masak byk2 sbb tangan belah kiri bengkak kat tmpt injection. Semalam gi check up kena suntik utk kancing gigi. Tempat suntik tu rasa kebas dan lenguh. Skrg dh bengkak.

Kol 2 pagi masak rendang daging dgn kuah kacang ni.. Sebelum tu jalan2 tgk lembu dulu. Suka sgt tgk lembu yg nak dikorban ni. Echa takut, ibu dia yg beria2.. Hehe.. Pastu tido dulu sbb rasa penat sgt..
 

Kol 7.45 pg dh sampai umah mertua. Hubby dh siap pakai baju melayu. Ingat nk ikut sembahyang raya kt surau tp xjadi lak. Sampai2 tgk dorg tgh hidang makanan atas meja.. Tgk apa yg ktorg makan pagi ni..



Rasa tak meriah je sbb takde mertua. Sunyi je rasa sbb xde suara nyaring mak mertua menjerit panggil sume turun.. Hehe.. Tp itu tak menjadi halangan utk ktorg beraya. Syukur  ktorg dpt berkumpul bersama2..

Echa dgn mak longnya.. Susah tul la nak amik gambar puteri sorg ni..


Gambar raya dgn hubby jek.. Echa taknak bergambar dgn mama dan papa dia ni..


Dh pandai berdikari Echa ni.. Amik sendiri makanan dia..

Kakak dan abang yg bertanggungjawab dlm menjaga kebajikan adik2.. Kira pengganti mak dan abah la ni.. 

 Makan2 sume dok sopan je.. hehe..

 Errkk.. siap tutup pintu lagi.. Ni kira rumah tertutup yer.. 

Kami ttp ceria..



Aksi Akustik Jalanan.. Time ni sume dh "masuk air" ekk..
Saje dok luar umah amik gambar...
Safety First.. Echa nk gi beraya ni...

Kol 11.30 gerak gi umah family aku lak sbb adik-beradik2 aku sume berkumpul kat sana dh.. Untung umah dkt ni kan.. Jom tgk suasana kat sana pulak..

 Ayahanda wajib ajak2 kawan2 dia dtg umah makan.. Time ni dh setel sume..

 
Menu umah bonda tahun ni Nasi Tomato yang dibuat oleh kakakku, Kak Lin.. 

Datang pun lambat, so time ni dh acara lepak2 dh.. 

Kat sana pun tak lama. Plan nk jalan2 dgn adik-beradik hubby.. Dah siap sume tp rasa mengah2 lak. Badan ni rasa penat dan mata pun ngantuk. Cakap dgn hubby terus dia kata tak yah kuarla.. Gi rehat je. Echa pun meragam nak tido sbb dia tido lambat, bangun lak awal.. Kami anak-beranak tido smpai petang. Bangun2 je hujan lebat lak.. Syoknyaa.. Kepada ibu saudara kat Bangi tu, sori sgt sbb tak dpt dtg umah..