♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, October 5, 2010

Rumah Terbuka Mertua


Lambat betul nak publish entry ni.. upload gambar asyik sangkut jek. Kali ni nak citer pasal  open house umah mertua pd 2 Oktober 2010 lalu. Mmg tiap2 tahun wajib buat. Bestnya tahun ni dapat ikut serta sbb tahun lepas kena keje. Ikutkan kena keje tapi ada member yg baik hati tolong ganti utk jd urusetia bengkel di Melaka. Hmm.. time2 raya la nak wat kursus. Aku cuma dapat tender goreng ayam dgn rebus mee laksa jek. Pn Ayien amik tender wat begedil dan goodies bag. Kol 12 mlm start goreng ayam sbb tnggu echa tido dulu. 

Sok pagi2 dh pegi umah mertua. Kuah laksa, kuah kacang, rendang daging sume dah siap. Tinggal masak soto dan goreng karipap. Meja dah kemas.. Khemah tema warna hijau lagi.. Byk keje sungguh. Alhamdulillah badan sihat dah tak mabuk2 lagi dan selera makan pun makin2 bertambah skrg. Cik Som dr Johor awal2 pagi dah sampai. Kol 10 pg kawan abah dh dtg. Sorang jela. Tak siap lg hidang kat dulang jela. Family aku awal dtg sbb nk pegi kenduri kawin kat bukit mahkota. Adik Abg Jai  (abg  ipar) kawin skali 2 orang. Ktorg nak follow sbb dh kenal dgn pengantin2.. Skali dua beradik kawin. Ikutkan planning kol 11.30 pg ktorg nk gerak.Konon nak blk wal la. Time tu tetamu tak ramai lagi. Ntah cmne, atas sbb xdpt dielakkan kol 1 lebih baru gerak. Aduh, nak cancel dah janji dgn ayahanda.
Echa seronok betul ada kawan.. Aliya anak Cik Som kira makcik Echa la ni

 Abang ni muka serius takut org nak dtg..

Makanan yg berderet-deret..


Nasi impit dan kuah lontong..
Roti Jala dgn kari ayam. Tak sempat nak rasa sbb laku bebenor.. Roti jala cpt abis..



Daging beriani dan ayam masak merah..
Lemang dan rendang daging..

Buah-buahan dan bubur pulut hitam

Family angah dan kak mas


Family alang dan kak neng.. Adel comel macam snow white..


Mak mertua dan bondaku.. Echa dgn peace dia.. hehe

Apis dan tunangnya nana.. dah ckp nak amik gambar leh lagi khusyuk makan.. hehe


Bersama makcik2 yg glamer dan pantang bergambar.. ewah2..



Pegi ke Bukit Mahkota jalan tersgt la jem.. time ni dah rasa nyesal la pulak.. sbb jiran2 ktorg yg dijemput sume dtg time ktorg takde.. Rasa bersalah sgt. Esok tu terus mintak maaf dgn sume jiran. Nasib baikla dorg mmg kenal dgn mak dan abah mertuaku.



ni kat umah pengantin dah.. kat blkg tu ada cameraman yg sgt kreatif.. asyik2 snap gambar setiap sudut xlepas.. kalah Mama Miraki..

 Ayahanda dgn cucu2.. Echa dan Yaya..

Pasangan pengantin.. ada satu lagi pasangan tp dh naik tido kot.. huhu..

Makan cpt2 terus ktorg blah.. nanti member2 hubby dtg lak.. smpai umah kol 5.00 ptg.. Ktorg dh serik. Pasni kalau ada majlis bertembung dgn majlis ktorg xyah pegila.. penat sgt nak terkejar2.. Nasib baik abang tak marah ayg yer..


Hubby dan kawan2.. dh malam baru dorg dtg sbb dorg gi umah Ikhram dulu kat blkg umah jek..

Aya yg lama dh tak jumpa xsangka sudi dtg.. hubby dia kwn hubby aku..



Dah jam 11.00 malam ni.. bila la makcik2 ni balik ni.. kalau tlg kemas xpe gak.. hehe..
Ni tgh tunggu kakak abah dr muar dtg..
Ehh.. abang dok kat tangga tu dh nak tido ke?

Sepupu hubby, Apis ni dtg lmbt ingat nk tolong kemas.. hehe..

Kol 11.30 malam penuh lagi umah..
 .
Ada amik gambar 2 penanggah yg bertungkus basuh periuk di dapur iaitu Eija dan Eira,, tapi tgk dlm hp leh xde lak.. Sori la yer.. Kol 11.30 malam baru tetamu yg ditnggu2 dtg. Mata dh terkelip2 ngantuk giler. Dorg blk kol 12 mlm. Masing2 tak tunggu terus kemas. Kol 2 pagi baru balik dr umah mak itupun dah tertido kat kerusi. Balik umah tak sempat tukar baju, anak-beranak tido bawah. Walaupun penat tp puas hati dpt join. Harap2 nanti majlis kenduri Haji abah dan mak, dpt join gak sbb rasanya ada kursus di Terengganu.. uuwaaaa.. :(



4 comments:

Mama Miraki said...

makcik-makcik glamer yg kaki posing semuanya kan ayu...hehehehhe agak2 sapalah makcik2 yang tak "reti2" nak balik tu yea....hahahahha....

~ Mummy Gee ~ said...

wahai2 'makcik2' yg tak sedar diri nntiklu kenduri pegi haji tu faham2 la... org surau balik terus ikut balik..jgn sambung ngeteh 2-3 round lagi pulak.... hehehhe

ecHaMysara said...

hehehe.. jgnla terasa wahai makcik2 ku.. kalau balik awal sunyi lak.. nanti kenduri haji nanti ktorg standby air kopi 2 tong yer.. ;)

Mama Miraki said...

tak per...nanti kitaoranf sambung ngeteh kat Taqwa aje....hehehhehe