♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Saturday, October 30, 2010

Permata Hati..

Sekejap je tgk Aysha Maisara dah besar. 20 Disember 2010 ni Echa genap umur 3 tahun. Mcm2 keletah dia yg buat aku makin rindu dan tak sabar2 nak balik umah. Skrg ni cakap Echa dah leh paham. Kalu kat opis mesti nk call nk ckp dgn dia.. Mcm2 benda dia akan ckp.. ..

Masih jelas lagi di ingatan ketika aku mengandungkannya dan ketika nak melahirkan.. Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan Allah.. Imbas kembali kisah 3 tahun lepas. Aku dijangkakan bersalin pada 23 Disember 2007. Time tu berdoa dalam hati supaya dptla kiranya bersalin lebih awal. Kalau boleh janganlah ujung2 tahun sgt. Nak sampai tahun baru lak mcm lama sgt. Sume katakan yg aku bakal bersalin pada Hari Raya Haji. Apa2 jela.. 

Malam 19 Disember 2007 iaitu malam hari raya aidiladha, ingat lagi time tu mak mertuaku bertaye bila nak meletup ni? time tu aku senyum jek sbb aku rasa sihat jek.  Bila nk tido malam tu aku langsung xleh tido. mengiring ke kiri, kanan, terlentang, sume wat aku rasa serba x kena. Byk kali pegi ke toilet sbb rasa mcm nk buang air besar jek.. Tp, xde apa pun. Time tu dh terpk dh smpai masa ke nk bersalin? Kol 5 pg baru dpt tido. 

Pagi 20 Disember 2010 iaitu pagi hari raya aidiladha, aku masih ligat di dapur. Time tu turn ktorg beraya di umah bondaku. Bwh perut rasa sengal2 jek tp aku masih ligat buat minuman dan hidangkan makanan utk family yg akan balik dr sembahyang raya. Tibe2 je rasa perut ni memulas2 . Terus ke toilet dan tgk ada tompokan darah di seluar. Dah sampai masa ni.. Time tu aku tarik nafas2 dalam dan kuar dr toilet mcm biasa. Cuma bgtau pd Kakak Ipar jek. sementara tnggu yg lain balik dr sembahyang raya, aku siap2 kan diri, beg dan minum air yg ustaz jiran rumah buatkan. Aku pun xtau camne time tu aku rasa tenang je. Mungkin sbb byk belajar dr pengalaman org lain dan byk membaca.

Kol 9 pg hubby balik.. biar dia makan dulu baru nk ckp. Aku langsung xlalu nk makan. Walaupun time tu terliur tgk rendang daging, ayam msk merah. Slow2 aku bgtau kt hubby yg time nk bersalin dah smpai. Aku xnak dia panik sbb klu dia panik aku lagi panik. Tp, lain lak jd. Ayahandaku lak yg panik lebih. Terus suasana jd kecoh time tu.. Aaaiiii... 

Pas siap2 terus ke Hospital Selayang. Time tu kol 10.30 pg. Aku mmg tak rasa sakit langsung. Terus misi suruh aku masuk ke satu bilik. Detik ni yg yg plg tak tahan.. Ada sorg doktor dan sorg jururawat. Cek2.. seluk2.. bukaan laluan rahim baru bukak 2cm..  sakit time seluk tu jek dah wat rasa saspen dah.. terus masuk wad. hehe.. org sibuk raya.. aku lak sibuk nk bersalin.. family2 aku dtg siap bwk bekal.. keluarga mertua pun dtg.. pun bwk bekal gak.. alahai.. nyusahkan dorg lak kan.. tgk dorg sedap je makan.. aku langsung xlalu jamah makanan. rasa kenyang walau xmkn apa pun. cuma minum air je.

Time tu dh bape kali misi dtg pun xingat dh. Seriau je rasa time seluk2 nk cek bukaan tu. Kol 4.30 ptg misi cek dh bukak 5 cm dan terus leh masuk labour room.. Time tu x rasa sakit lagi. Kat labour room sorg2 je.. mana hubby ni? xkan dia xleh masuk.. wayar2 penuh kat perut. tgk doktor dan misi kuar masuk. Tgk mesin kat sebelah.. sume wat aku rasa berdebar2 dan xputus2 berdoa. Bila misi pecahkan air ketuban time tu dh rasa sakit sgt. Taye kat misi, suami xleh masuk ke? Pastu dia ckp.. la.. nape suami xmasuk. Nanti sy panggil kan.. Lepas nmpk hubby je terus rasa semangat bersalin tu dtg.. Graf kat mesin tu jap turun jap naik.  Peluh meleleh kuar.. Lengan hubby rasa mcm aku nk patah riukkan je.. Misi cek kejap je bukaan dah 8 cm. Misi bidan pun dtg.. Dann...  dgn dua kali teran.. kol 6.40 ptg aku selamat melahirkan puteri sulungku seberat 2.89 kg.. syukur alhamdulillah.. melihatnya sempurna dan sihat.. Berkat doa semua.. dapatla baby aidiladha yg di beri nama Aysha Maisara..

Terkilan gak sbb gambar masa kat hospital hilang dlm hp hubby..

 Time ni umur Echa baru 2 hari.. 


Muka ikut belah hubby..
Masa pregnant wat scan doktor dh ckp 98% girl dan ikut muka hubby..


3 comments:

Anonymous said...

whoah this weblog is excellent i love studying your
articles. Stay up the good work! You understand, lots of people are looking around for this info,
you could aid them greatly.

Also visit my webpage: Las Vegas Whirlpool Parts

Anonymous said...

Thanks for finally talking about > "Permata Hati.." < Loved it!

my site ... social media and advertising

Anonymous said...

Hurrah, that's what I was searching for, what a information! existing here
at this web site, thanks admin of this web site.



My webpage seo training london