♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, October 11, 2010

Kisah 10.10.10

Salam.. hmm.. dh hari Isnin.. hari yang membosankan n xsuka langsung Hari ni kat opis byk dok kat meja jek.. mata ni mengantuk, penat berjalan smlm tak abis lg atau hari Isnin mmg cmni yer.. Sume jd malas. Asyik ingat kt anak je. Semalam 10.10.10, jiran ktorg wat majlis kawin anak dorg. Ktorg xdela begitu rapat sgt dgn jiran yg ni. Kenal camtu2 jela.  Masa meeting tempoh hari, dorg kata nk wat 10 khemah. ktorg pun terpk2 manala nak ltk kete BMW dan Passo ktorg ni. hehe..  Nasib la umah mertus dkt.  Alih2 khemah yg dipasang di jalan cuma 6 khemah, yg lg 4 khemah dipasang kat padang. Dpn umah ktorg pun ada khemah tp nasib baik la sbb khemah yg plg hujung dan khemah utk pelamin. So.. cantikla pemandangannya kan..  Zaman skrg ni lg2 yg dok bandar kl, ramai lebih suka amik catering tp jiran kami ni lebih suka dgn 'rewang'. Bagus gakla dgn konsep ni leh rapatkan hubungan sesama jiran. start malam sabtu umah ktorg ni meriah sgt sbb ada malam berinai. 

 Suasana malam Sabtu.. tgk depan umah jek.. Masa ni malu sbb tak dijemput.. hehe.. last2 kol 10 mlm dorg panggil makan dan pukul 11 mlm wat announcement kt seluruh penduduk Fasa 4 dan 5 jemput hadir esok harinya.. Sape la yg dgr dhla kol 11.00 mlm pulak tu speaker mengadap khemah jek..

 Pelamin pun amik gambar dari tepi jek..

Echa jeling2 jek..

 Mertua pun dtg gak.. penat nk yakinkan dorg yg tuan umah jemput sume Fasa 5 dtg sini.. Ni pun sbb abah ajak gi Kajang ada open house umah kawan dia so 
singgah sini dulu..

 Aaii.. yg couple ni dtg makan xtlg pun yer..  hehe..

 Hubby dan bapa mertua sama macho.. hikss..


Time umah kawan abah kat sri jelok, kajang.. Time ni dh kenyang giler.. ada satu lg umah lak.. aduhh..

 Echa dan kawan baru dia.. kejap je dh rapat.. tgk tu siap peluk2 lagi..

Ni dh kat umah kawan baik abah dh.. dia wat majlis tunang anak dia..

 Mcm zoo la umah dia. Ada burung, ikan, kucing..



Tu jela aktiviti ktorg pd 10.10.10.. Mlmnya pulak sanggup mkn lmbt sbb nk tgk persandingan kayangan Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina. Rasa seronok sgt sbb walaupun penuh dgn protokol tp rasa mcm santai jek sbb tgk pengantin yg asyik senyum. Kat pelamin pun leh borak2 lg.. 

 Aduh.. sama cantik sama padan.. sy sgt suka..

Takziah juga pada keluarga kemalangan ngeri 2 bas, 3 kete dan 1 van di lebuhraya utara-selatan.. Innalillah..  Tarikh 10.10.10 bkn sj tarikh yg menjadi memori terindah dan manis ttp meninggalkan memori pahit buat keluarga arwah dan mangsa kemalangan ngeri tu.. Ya Allah.. Jauhkanlah keluargaku dr musibah..


 

No comments: