♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, September 27, 2010

Makan-Makan Hari Raya

Nak citer pasal majlis makan hari raya kat rumah. Dari Sabtu lagi dh plan sbb tekak ni teringin sgt nak makan nasi himpit dgn kuah lontong. Tekak ni baru la pandai nak mintak makan itu ini. Kalau tidak, memang tak pandang langsung kuah2 yang berlemak ni. Walaupun ramai yang xde mcm mak dan abah kat kampung tapi buat jugala.


Awal pagi lagi kol 7.30 dah siap nak gi pasar. Puye la listkan barang kena beli utk hubby sbb tgk Echa masih tido lagi. Bila time hubby nak kuar, Echa bangun la pulak. Kenala ikut gi pasar. Dkt pasar Sri Gombak puye la ramai org nak parking pun susah. Hp berbunyi.. akak zie jiran area rumah call ajak dtg umah dia kol 11 pagi.. ada makan2. Kol 1 ptg baru gi umah dia. Time tu dah siap sume la kat umah.

Okla.. Menu yang kami sediakan adalah nasi himpit, lemang, kuah lontong, rendang daging, ayam masak merah dan kuah kacang. Hubby nak wat mee bandung. Tu part abang yer.. Dah xlarat nak masak dah.. Last2 xjadi buat pun.. Nak wat makanan byk2 pun meja kecik je kang. Kalau kuar semua meja, bykla nak kena kemas..


 Hubby tgh sibuk bersihkan daging dan ayam..

 Echa pun tolong sibuk skali..


Aaii.. dah kol 3 ptg masih lom ada sape2 lagi dtg.  Hubby suruh ajak jiran2 skali. Xpayahla. Masak bkn byk pun. Baru nak lelap mata, ateh dan kak miza datang. Kira tetamu yang pertama la. Mak mertua kol lak kata ada sedara kami dtg umah. Hubby pun mintak ajak skali dtg umah ktorg. Pastu mak, eija dan abah pun datang. Kemudian adik dan tunangnya datang. Last skali barulah Angah dan family dtg sebagai penutup majlis. Lupa la pulak nak snap gambar.

 
 Amik gambar dulu sebelum gi beraya dan tunggu tetamu dtg beraya..

Ateh dan Kak Miza.. Makan kt luar lagi syok yer..


 Apis dan Nana lak suka makan kat dapur yer.. Senang tambah lauk.. huhu..



Antara menu-menu..

Bila dh abis sume, terus naik atas tido sbb penat sgt2. Turun bawah je tgk dh clear sume. Meja dah kemas, pinggan mangkuk dah bersih. Alahai.. terima kasih wahai hubbyku..

1 comment:

suezanne_83 said...

na mmg suspek r masakan rendang daging k.yu marvellous bangat sejibik cam masakan mak gombak..walhal mak gombak time tu kt mlake dan xdpt nk tunjukkn teknik2 masakan nye..
erm kteorg dok kt dapor tu bru r ada feel sal d kelilingi bau aroma masakan secara live dr dlm periuk dan kuali..so bertambah selera la dn lgpn kteorg xnk akak+a.ewan susah ati klu mkanan tak abis..hahahaha.