♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, September 29, 2010

Rumah Terbuka KPKK

Wah.. ada makan2 lagi. Kali ni Kementerian buat open house kat Kraftangan. Biasanya tahun2 lepas mesti join Jabatan jaga gerai makanan. Tapi tahun ni malas lak nak join. Datang nak makan je. Okey majlis start kol 3 ptg. Gerak dr opis kol 4 ptg. bukan jauh pun. Jalan kaki jek.. Senangnya tak payah pikir nk parking mana. Ooo.. mula2 plan pas makan2 nak balik awal. hehe.. nak amik kesempatan ekk. Macam2 gerai ada. Sbb ramai sgt org, makan pun xbanyak. Penat tgk org je kot. Macam2 menu ada. Yang paling best sampai 2 mangkuk kutelan ialah Sup Tulang.. Mabeles!! Sate pun mabeles!!

 Sebelum makan amik gambar dulu

  Dapat makan free, hepi sume yer.. Kak Ida pun sempat gak bergambar

 Senyum kekenyangan..

 My ofismate, Shue dan Nuril..
  Nassir Wahab tgh nyanyi.. Layan jela.. Janji artis.. hehe

 Shila pun ada la..

 Menteri KPKK, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim dan isteri.

Dah klik2 gambar tak sedar kol 5.15 ptg dah. La.. xdptla nak balik awal ni. hehe.



On the way gi parking kat opis sempat lagi amik gambar dpn bangunan opis..

Monday, September 27, 2010

Makan-Makan Hari Raya

Nak citer pasal majlis makan hari raya kat rumah. Dari Sabtu lagi dh plan sbb tekak ni teringin sgt nak makan nasi himpit dgn kuah lontong. Tekak ni baru la pandai nak mintak makan itu ini. Kalau tidak, memang tak pandang langsung kuah2 yang berlemak ni. Walaupun ramai yang xde mcm mak dan abah kat kampung tapi buat jugala.


Awal pagi lagi kol 7.30 dah siap nak gi pasar. Puye la listkan barang kena beli utk hubby sbb tgk Echa masih tido lagi. Bila time hubby nak kuar, Echa bangun la pulak. Kenala ikut gi pasar. Dkt pasar Sri Gombak puye la ramai org nak parking pun susah. Hp berbunyi.. akak zie jiran area rumah call ajak dtg umah dia kol 11 pagi.. ada makan2. Kol 1 ptg baru gi umah dia. Time tu dah siap sume la kat umah.

Okla.. Menu yang kami sediakan adalah nasi himpit, lemang, kuah lontong, rendang daging, ayam masak merah dan kuah kacang. Hubby nak wat mee bandung. Tu part abang yer.. Dah xlarat nak masak dah.. Last2 xjadi buat pun.. Nak wat makanan byk2 pun meja kecik je kang. Kalau kuar semua meja, bykla nak kena kemas..


 Hubby tgh sibuk bersihkan daging dan ayam..

 Echa pun tolong sibuk skali..


Aaii.. dah kol 3 ptg masih lom ada sape2 lagi dtg.  Hubby suruh ajak jiran2 skali. Xpayahla. Masak bkn byk pun. Baru nak lelap mata, ateh dan kak miza datang. Kira tetamu yang pertama la. Mak mertua kol lak kata ada sedara kami dtg umah. Hubby pun mintak ajak skali dtg umah ktorg. Pastu mak, eija dan abah pun datang. Kemudian adik dan tunangnya datang. Last skali barulah Angah dan family dtg sebagai penutup majlis. Lupa la pulak nak snap gambar.

 
 Amik gambar dulu sebelum gi beraya dan tunggu tetamu dtg beraya..

Ateh dan Kak Miza.. Makan kt luar lagi syok yer..


 Apis dan Nana lak suka makan kat dapur yer.. Senang tambah lauk.. huhu..



Antara menu-menu..

Bila dh abis sume, terus naik atas tido sbb penat sgt2. Turun bawah je tgk dh clear sume. Meja dah kemas, pinggan mangkuk dah bersih. Alahai.. terima kasih wahai hubbyku..

Sunday, September 26, 2010

Tgk Wayang.. MAGIKA..

Yahoo.. Hari Sabtu hari yang dinantikan.. Rasa lmbt sgt nk tnggu hari weekend ni. Ingat nk wat makan2 hari raya tapi mertuaku xde la pulak.. ada kursus di Putrajaya. Hari ni plan pagi2 nak pegi pasar nak beli stok. Dah sebulan lebih xmembeli barang mentah.. hehe.. sbb makan kat umah mak la..Lepas breakfast di Restoran Ros Fatimah, Setapak terus gi umah mak sbb adik iparku Emi nak balik Melaka nk jumpa anak sedara dia dulu.. Dh dtg sini lama la ktorg melepak leh siap masak tengahari lagi.. Alih2 xjd nak gi pasar.. esok masih ada lagi.. hehe.


Plan seterusnya nak gi tgk wayang citer Magika.. Memang dh lama tunggu citer ni. Dengan Echa pun dh banyak kali ckp nak gi tgk wayang. Kitaorg suka tgk kat TGV Wangsa Walk. Amik couple seat puye. Mmg selesa..  

Masa kt depan Wangsa Walk



Peace.. kitorg nak tgk MAGIKA.

Aduh.. perut pulak lapar.. nk gi makan si Echa dh nmpak games la pulak.. Gi la layan dia main dulu.. Arini bagi can Echa main puas2 yer sayang.. Papa pun sanggup xmakan nak bagi Echa happy..



Hmm.. Echa bukan reti main game motor race ni.



Benda ni pun jadila..





Echa terer tau main games ni..


Bestnya baring kat bola2 ni.. Mcm urut refleksologi yer Echa..

Pas dah puas main nak kejar tgk wayang lak.. tapi perut dh lapar giler ni.. Xsempat nk mkn lagipun kat Wangsa Walk ni tempat makan dia xberkenan di hati la.. Last2 no choice terpaksa la tapau makan kat restoren Popeye.. Burger dgn ayam goreng jela.. Popcorn pun wajib beli tau.. 


Okla citer Magika ni.. Citer filem muzikal terbitan KRU. Terpesona la tgk gambar2 dia yg cantik.. Artis2 top berlakon lak tu.. ada Ning Baizura, Ziana Zain, Vanida Imran, Pak Nil, Mawi dan ramai lagi.. Echa tgk siap nyanyi2 lagi.. Ktorg seronok tgk dia jela.. Langsung  tak berganjak pun.. Oh yer, dah ada iklan citer baru la. KRU gakla wat tajuk dia 'Hikayat Merong Mahawangsa'. Macam best je ala2 Pirates of Carribean gitu.. 


Dah abis tgk wayang.. nak balik la..


Macam biasa, sebelum balik Echa mesti jumpa kawan2 Echa dulu.. Ikan kat kolam ni lari kalau Echa datang sebab Echa akan taburkan daun2.. hehe



Friday, September 24, 2010

Welcome.. Welcome to me..

Assalamualaikum..

Wah.. terjebak sudah dgn blog2 ni.. Sebenarnya dah lama nak wat blog ni cuma kurang keyakinan diri je.. hehe.. malula.. tapi ntah nape jari ni gatal je terus sign in.. Biasanya tulis kt buku diari je tau.. Saja2 untuk tatapan diri sendiri. Dulu masa sekolah suka wat novel.. Pastu masa bercinta dgn hubby, puyela byk surat cinta. Ayat mmg power la panjang berjela2.. hehe.. Kelakar2.. Lagipun ditambah dgn hobi yang suka bergambar dan amik gambar rasanya tak puas nak upload dlm facebook jek..  Diharapkan dgn nukilan di sini dpt menghiburkan kalian semua...