♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, February 22, 2017

Citer 4th Pregnancy

Tepek kat sini gambar-gambar tgh comel camni. nanti boleh baca balik bebila. Sure akan rindu saat-saat gini. Mengandung kali ni agak kureng skit nak selfie. kalau preggy dedulu, asyik bergambar je... ni nak masuk 4 bulan baru la amik gambar tang perut. tu pun kekadang lupa. dah sarat-sarat ni baru ligat skit nak amik gambar perut. serius.... seronok sgt cam comel ayu je tgk kan.. huhu.

Alhamdulillah, minggu ni dah masuk 32 minggu. cepat rasa dah 8 bulan. rasa tak puas lagi. ikutkan due 17 April 2017. Anak-anak sebelum ni mmg lahir 2 minggu awal. 38 minggu dah kuar. harapnya baby kali ni biarla kuar lambat-lambat sikit. mmg tak puas lagi nak belai-belai perut ni tau. lihat awak gerak-gerak dalam perut ni, tendang-tendang, seronok sgt papa, kakak echa dan ayna dan abang aqil awak tgk.

Anak-anak dulu, mmg sume awal dari due date.

Aysha due date, 24 Dis 2007 : lahir 20 Dis 2007 jam 6.40 petang.
Ayna due date, 26 Mac 2011 : lahir 16 Mac 2011 jam 6.39 petang.
Aqil due date, 18 Julai 2013 : lahir 29 Jun 2013 jam 8.30 pagi.
Baby ke-4 ni?

Biarla kuar bulan april jugak harapnya.



Kali ni tak dapat teka baby boy ke girl sbb kejap nampak boy, kejap girl...

kakak-kakak dia nak baby girl. sbb adik dorg yg boy tu si aqil rayyan lasak dan suka buli dorg. haha.

aqil pulak kejap nak boy, kejap nak girl. hehe.

kalau papa dia sure la nak boy, nak cukupkan sepasang.

mama dia pulak?

cam nak girl sbb baju kakak aysha dan ayna sgt byk cantik-cantik dan masih baru lagi... kehkehkeh...

tp, memana pun tak kisah boy ke girl, moga sempurna sifatnya dan sihat...  alhamdulillah.

scan jugak kat sonoworld, tp tak nampak muka dan jantina baby. baby tgk meniarap.

scan kat klinik ibu dan anak, baby kepit kaki pulak.


Rasa tak sabar, risau, takut sume ada. Persiapan belum byk lagi. Baju baby nak tunggu gaji esok baru la beli. tu pun beli la 2/3 helai sbb baju kakak-kakak dan abang masih elok dan ada yg masih baru lagi. dah settle basuh separuh. lagi separuh nak basuh minggu ni.

Makcik urut dah risik-risik. Taska pun dah survey2. Insyallah baby ni nak hantar taska je. Taknak susah-susahkan mertua nak jaga.3 orang tu dah besar senang dah jaga.

Moga dipermudahkan segala urusanku, suamiku, anak-anakku dan kalian semua juga.

Amin...




Friday, February 3, 2017

Cuti-Cuti Pembukaan Tahun 2017

Lama tak membebel kat sini. terasa malas betul nak mengarang ayat. 2017 pun dah sebulan menjengah. dah 2017 ni terasa berdebar2 sbb lagi byk cabaran yang akan ditempuh. dari segi mental, fizikal dan semestinya kewangan. dengan kos hidup meningkat mmg byk memberi kesan .Anak-anak makin besar, makin aktif, makin kuat makan. Tahun ni juga insyallah bakal dapat baby lagi. Baby keempat kami.

Untuk penutup 2016 dan pembuka 2017, family hubby ajak jenjalan pd. nak angin laut dan mandi kolam. seperti biasa, port faveret kami tentula Seri Bulan Condo. kami suka stay sini sbb kolam besar dan laut pun dekat je. sebelah je dengan teluk kemang. tak boleh masak xjadik hal sbb kami bawak portable dapur gas sekali. nak stay sini 3 hari 2 malam. mesti asyik lapar je kan. 

Anak-anak sampai je tak sibuk ajak terjun kolam. tgh panas terik kot. alhamdulillah kat sana belah malam ujan. dapatla mandi-manda siangnya.

 

 anak-anak mandi, mamanya tgk je
malas nak membasahkan diri


aqil yg aktif sgt
suka betul dia mandi kolam ni
byk kali buat aksi terjun, sampai kepenatan malamnya tido awal.. huhu..



pas puas mandi kolam, mandi laut pulak
skrg ni bile air pasang je waktu pagi turun tangga je terus laut
dah tak nampak pantai nak main korek-korek pasir
petang-petang jela baru ada can nak main pasir
 
 2 malam kat sana baru la rasa puas
kalau sebelum ni  1 malam je rasa penat pulak nak kemas barang nak balik esoknya
anak-anak pun puas berendam mandi dalam kolam sampai gelap muka memasing
bukak sekolah dengan muka burn.. huhu..